Wednesday, January 6, 2016

Sarapan pagi yang Berkhasiat

Hehehe hari ne tak tahu nak cerita apa jadi Yana share sikit pasal sarapan pagi. Kenapa pentingnya sarapan pagi ne kepada kita (^-^)




Sebelum tu kita mesti la kene tahu apa itu sarapan pagi...?

Sarapan pagi adalah makanan yang pertama yang diambil pada pagi hari. Contoh sarapan pagi yang biasa di Malaysia ialah nasi lemak, nasi atau mee atau mihun goreng, roti canai atau bijirin. Sarapan pagi mesti dipelbagaikan setiap hari untuk mengelakkan rasa jemu. Sarapan pagi biasanya diambil sebelum sesuatu kerja dimulakan ataupun sebelum ke sekolah pada awal pagi.
Ramai yang cuba turun berat dengan mengurankan makan, dan yang paling selalu orang buat ialah dengan tidak mengambil sarapan. Tindakan ini sebenarnya bukan sahaja menyebabkan lagi susah nak turun berat, malahan boleh merosakkan beberapa organ penting dalam badan.

8 KEBAIKAN DAN KEPENTINGAN MENGAMBIL SARAPAN PAGI

Sarapan atau alas perut, makanan pagi amat penting dalam kehidupan. Sarapan bagai baja kepada kehidupan tumbuhan.Begitulah juga manusia yang memerlukan sarapan pada setiap pagi. 

Terdapat pelbagai kerenah manusia tentang tabiat bersarapan pagi antaranya,
di bawah saya kongsikan

*Sebilangan besar remaja tidak bersarapan pagi sebelum ke sekolah. Mereka hanya bersarapan jam 10 pagi pada waktu rehat di sekolah.

*Pemilihan makanan untuk sarapan hanya kepada makanan yang digemari dan bukan kepada makanan yang berkhasiat.

*Sarapan pagi tidak mengandungi karbohidrat seperti roti dan bijirin yang boleh merangsang fungsi otak, Sarapan pagi tidak diikuti dengan minuman seperti susu, milo atau minuman lain yang berkhasiat.

*Sarapan pagi sesuatu yang asing dan ganjil bagi mereka yang tidak pernah melakukannya antara jam 7.00 hingga 9.30 pagi.

*Fenomena remaja kita hari ini yang tidak bersarapan pagi ke sekolah dianggap perkara biasa. Mereka akan berasa tidak selesa apabila bersarapan pagi. Sebenarnya, sarapan pagi tidak perlu terlalu berat, cukup sekadar segelas susu, sekeping roti atau sedikit bijirin.

*Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

*Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari.

Malangnya, ramai yang meninggalkan sarapan dengan alasan tiada selera makan pada waktu pagi atau tidak sempat kerana bangun lambat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, ada baiknya anda terus membaca untuk mengetahui rahsia di sebalik hidangan ringkas yang dipanggil sarapan.

Ada saintis yang menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak – lebih cergas, peka dan fokus.

Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau di tempat kerja; walaupun hanya mengambil sarapan sekeping roti dan secawan kopi.

Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

Kesan lebih ketara dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan baik. Justeru, tidak hairan jika pengusaha roti dan bijirin berlumba-lumba menghasilkan produk yang diperkaya dengan pelbagai khasiat dan vitamin.

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan.

Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

Oleh: Aminuddin Mansor (Majalah Cahaya 2006)


Kesan jika kita tidak mengambil sarapan pagi :-

• Kurang tenaga untuk melakukan sebarang aktiviti pada pagi hari.
• Mengurangkan kecergasan di waktu pagi.
• Sukar menerima pengajaran & melakukan sebarang pekerjaan.
• Mudah letih dan mengantuk .

So lepas ne kene la sarapan ye...hehehehe (^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...