Friday, April 15, 2011

Mengenali kelemahan lelaki

Tidak sedikit lelaki yang rebah di persada wanita.Lelaki sekuat Julius Ceaser boleh lemah apabila berhadapan dengan Cleopatra.Mark Anthony,ketua tentera yang menggantikan Julius Ceaser juga jatuh ketangan Cleopatra.Ramai sungguh pemimpin agung dunia kalah oleh pujuk rayu wanita.

Sekuat-kuat lelaki boleh ditipu oleh sebodoh-bodoh wanita.Begitu nisbah hebat dan kuatnya kuasa wanita dalam menundukkan lelaki.Sekuat manapun lelaki selalunya kalah oleh kata-kata lembut wanita.Seorang lelaki boleh menangis apabila ditinggalkan oleh seorang wanita,padahal dia terkenal perkasa.Di medan pertempuran ,dia boleh membunuh begitu ramai musuh,tetapi berhadapan dengan wanita,hatinya boleh tunduk dan bahasa yang digunakan turut lunak.

Demikian hebatnya wanita.Anda amat berkuasa dan perkasa.
Tolong gunakanlah kekuasaan anda untuk membantu membangunkan lelaki.Jangan gunakan kekuasaan anda itu untuk menjatuhkan lelaki.Lelaki pasti kalah oleh pujuk rayu,apatah lagi jika nafsunya sedang bergolak atau rasa kecintaannya sedang memuncak,dia sanggup lakukan apa sahaja untuk membuktikannya.

Kejayaan seseorang lelaki biasanya dikaitkan dengan seorang wanita di sisinya mungkin isteri,ibu,anak,kakak atau makciknya.Kemusnahan seseorang lelaki juga biasa dikaitkan dengan seorang wanita,mungkin pada kedudukan-kedudukan serupa.

Jika anda cantik danpandai memujuk rayu ,gunakanlah kecantikkan anda dan kelebihan yang di anugerahkan ALLAH itu untuk memperkasakan lelaki.Lelaki memang sudah sediakalanya perkasa tetapi dia boleh menghalakan keperkasaannya itu untuk membina sejarah keagungannya dengan sokongan anda.Sebaliknya dia boleh mencipta sejarah kebodohannya dengan peranan yang anda mainkan.

Lelaki di kurniakan lebih akal tetapi kurang nafsu.Dia hanya ada satu nafsu dan sembilan akal tetapi nafsu yang satu itu selalu gagal dipelihara.Maka lelaki lebih mudah liar daripada wanitaNafsu lelaki lebih terarah kepada keghairahannya terhadap wanita.Mereka tidak peduli berapa banyak pakaian yang dia ada,tidak begitu kisah dengan perhiasan rumahnya kerana nafsunya tidak terarah kesitu tetapi bila sebut syahwat mereka akan teransang sebab yang satu itu sentiasa kearah ke sana.

Oleh itu wahai wanita kasihanilah makhluk lelaki.Mereka itu lemah dalam perkasa.Usah digoda mereka nanti dia terlupa anak isterinya,ibunya dikampung malah dirinya sendiri yang sudah bergelar lelaki tua.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...