Saturday, April 24, 2010

......................MaLLLUU.................. ^_^

Yana bukanya apa ne nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai artikel yang menarik untuk dikongsi bersama. Artikel ne bertajuk...jeng..jeng...jeng..



KURNIAAN SIFAT MALU WANITA.

Kebiasaan nya kita dengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka pada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki terhadap wanita sudah berputik. Lalu menjadi sasaran usikan lelaki baik di sekolah, di jalanan, di pasar raya bahkan dimana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu akan terus mencuba dan terus mencuba.

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda bermaksud; "terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu." [hadis riwayat Baihaqi].

Wanita, walau apa pun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi yang menarik perhatian.

Oleh sebab itu, Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita Sengan sifat malu, mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau ada orang nampak, hendak mendedahkan aurat ada orang mengganggunya, hendak berjalan seorang takut ada orang mengusiknya. Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan apa orang nak tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu atau mengusik, bahkan rasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud; "jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu." hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini diatas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui, malu sebagai satu sifat yang perlu ada dalam diri manusia. Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa sahaja dosa dan maksiat. Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya didalam diri mereka.

Kalau sedemikian, bererti sudah tiada iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak takut kepada neraka Jahannam Allah dan tidak cintakan syurga Nikmat Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan keatas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman, maka sifat malu yang sedia ada itu secara automatiknya akan hilang. Ini realiti ysng tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat dimana-mana sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berlaku berbagai ragam, kemungkaran berlaku, tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.

Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah segala gejala buruk yang menimpa kaum wanita.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda yang bermaksud; "setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat."

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...