Thursday, March 25, 2010

Otak & Badan Ku baGai di belah-Belah


Skrng ne yana bz sangat-sangat sampai x blh nk update blog...bak kata kawan2 yana masa kritikal da skrg ne...semua assigment nk kene antr...nsb baik tinggal 1 je lagi presentation minggu dpn...Lagi satu tesis tuk projek fainal sem banyk lg yang nk kene buat...data pulak x cukup lg ne...sempat lg ke ne...minggu depan da nk kene hantar.. tolong....tolong...tolong....tersekse jiwa dan raga ku...

Saturday, March 20, 2010

JaLaN-JaLaN






mingu lepas yana dan beberapa orang sahabt yana ge jalan2. x jauh pn dekat je. Yana ge jalan kat Ladang Buah Naga. yang best nye masa ge sana kita blh naik basikal pusing satu ladang tu...nk cerita bnyk pn x blh ne..bnyk keje yg nk kena buat ne.. yana nk kongsi memori yg sempat di snap kat sana dengan sahabat...dan ge sana sbb reduces stress...

Tuesday, March 16, 2010

Luahan Perasaan


ari ne yana sedih sangat.....mcm da x blh nk wat apa2...hidup diselubungi perasaan sedih.. bila orang yang kita sayangi meluahkan perkataan yang blh menguris perasaan hati.. knp kita je yg nk kena jaga hati dia. dia x pernah ke nk jaga hati yana ne. seringkali bersabar dengan apa sekali pn yg dia lakukan. sabar..sabar...sabar... perkataan itu seringkali berada dan sentiasa dihati..kenapa dia lakukan sebegitu..apa lg yang dia mahu....?...apa lg yang mahu diuji? tidak yakin ke dengan hubungan kita...? tidak percaya ke dengan yana...?

Sunday, March 14, 2010

Sirah.....

Pahlawan Neraka...

cerita ne yana terbaca dr sebuah buku...jd yana nk berkongsinya dgn semua....

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.

Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah itu.

Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk ke dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.

Rasulullah sedar para sahabat tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata. "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang di alaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya,tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."

Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy.Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku.Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."

Riwayat oleh Luqman Hakim

Saturday, March 6, 2010

Luahan Perasaan

Kemaafan dan Terima Kasih.....

Ini adalah sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintas gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar, berasa sakit hati tanpa berkata apa-apa pun, dia menulis di atas pasir : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemui sebuah oasis, dimana mereka membuat keputusan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, cuba berenang namun nyaris tenggelam dan lemas, tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai sedar dari lemas dan rasa takut sudah hilang, dia menulis di atas sebuah batu : HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENTELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabtnya, bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu ?"

Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskan tulisan tersebut, Dan bila sesuatu yang luar biasa tidak hilang di tiup angin."

Moral:
Dalam hidup ini sering timbul berbeza pendapat dan konflik kerana sudut pandangan yang berbeza. Oleh sebab itu, cubalah untuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Belajarlah menulis di atas pasir...

Alangkah bahagianya hati ini jika saya dapat berbuat begitu....tapi jika hanya seorang sahaja yang berbuat demikian tetapi seorang lagi yang telah ku anggap dia adalah seorang sahabat baik ku telah membuang ku hanya kerana satu salah faham..dia telah sanggup membuang ku dari menjadi sahabtnya.. hati ku lagi bertambah gundah dan takut yang amat sangat apabila teringatkan satu hadis dari

Riwayat Bukhari dan Muslim],yang bermaksud "Janganlah kamu putuskan hubungan, belakang-membelakangi dan hasut-menghasut. Hendaklah kamu menjadi hamba Allah yang bersaudara satu sama lain dan tidak halal bagi setiap muslim mendiamkan saudaranya(tidak bertegur sapa)lebih dari 3 hari".

dia sendiri juga tidak meminta maaf kepada ku secara peribadi, adakah dia benar-benar mahu putus kan persahabatan yang telah terjalin?. Dia juga tidak pernah mahu bertutur dgn ku...apa motif dia buat begitu...dia seronok ke memperlakukan kan ku begitu... sudah ramai kawan-kawan lain menasihati ku...tetapi kenapa kawan-kawan ku yang lain tidak menasihati dia juga. tolong la sabat-sahabat ku....saya pohon nasihatila dia jiga...kerana saya tidak mahu semua ini terjadi...

Friday, March 5, 2010

Ketenangan Hati Dengan iLmu Agama

Tazkirah: Jauhi Zina


Kisah berrmula......ada seorang lelaki yang tidak pernah mengumpat dan berbuat dosa. Suatu hari....dia hendak ke rumah tok gurunya kerana hendak belajar agama. Nak di jadikan cerita, ada seorang janda jatuh hati terhadapnya. Maka janda itu cuba menggodanya. Tetapi lelaki itu tidak menghiraukannya dan terus berlalu pergi.

Pada keesaokkan harinya, janda itu melakukan perkara yang sama. Akan tetepi lelaki itu tetap tidak menghiraukannya. Pada hari ketiga, lelaki itu lalu di tempat yang sama, akan tetapi dia hairan kerana janda itu tidak ada di situ. Lelaki itu pun meneruskan kembali perjalanannya. Akan tetapi, tiba-tiba......dia terasa ada sesuatu objek yang keras di hentakkan di kepalanya....lelaki itu dipukul dan dia pengsan akibat perbuatan itu. Lelaki itu dibawa ke rumah janda itu dan dimasukkan ke dalam stor budu rumah janda itu. Janda itu adalah seorang peniaga budu.....

Apabila lelaki itu tersedar, dia terdengar derapan tapak kaki dari arah luar stor itu, dia berasa amat takut kerana dia tidak tahu dimana dia dibawa. Oleh kerana dia berasa amat takut, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dan dengan tidak berfikir panjang dia terus menyorokkan dirinya ke dalam tong budu yang besar itu. Bunyi derapan tapak kaki itu adalah datang dari bunyi tapak kaki orang lelaki yang memukul kepalanya itu.

Orang lelaki itu adalah orang upahan dari janda itu. Janda itu mengupah lelaki itu untuk menangkap lelaki yang baik itu tadi. Lelaki upahan itu berasa amat terkejut kerana melihat lelaki yang ditangkapnya itu tiada di dalam stor itu. Dia segera mengkhabarkan berita yang kurang enak didengar ditelinga janda itu, bahawa lelaki idaman nya itu telah terlepas dari mereka.

Selepas beberapa seketika, lelaki yang tadinya menyorok di dalam tong itu mengambil masa yang agak lama untuk melepaskan diri dari dalam stor itu. Akhirnya dengan berkat doanya memnita pertolongan dan petunjuk dari Allah, dia dapat juga menyelamatkan diri dari perkara yang amat dasyat dan ngeri itu. Hal ini kerana, perkara seperti itu tidak pernah terjadi kepadanya. Selepas selamat keluar dari tempat itu, dia takut difitnah orang-orang kampung kerana bau budu di badanya.Bau yang dibandannya itu bukannya sedikit, tetapi yang amat sangat, seperti mana di kampung itu semua orang tahu yang bahawa hanya janda itu sahaja yang memiliki perniagaan budu. Dan tidak seorang pun yang akan berani masuk kedalam stor simpanan nya melainkan mendapat kebenaran darinya.

Oleh kerana lelaki itu berasa amat takut, dia segera mandi di sungai bagi membersihkan dirinya. Akan tetapi bau budu itu tidak hilang dari badannya. Dia berasa amat takut untuk pulang. Tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi, dan akhirnya dia membuat keputusan untuk teruskan juga perjalanannya. Tiba-tiba semasa diperjalanannya, jirannya menegur dan bertanyakan kepadanya "kamu pakai apa sehingga berbau sangat wangi?",

Kesimpulan :

Kita hendaklah takut kan Allah, dan jauhi diri kita dari zina, kerana zina itu adalah
dosa besar. Jika kita menjaga diri kita dari perbuatan itu, Allah akan menjaga kita juga.

Sunday, February 28, 2010

Pulang ke Kampus

Hati ini terasa amat berat untuk pulang semula ke kampus...tetapi apa kan daya kewajipan untuk belajar harus dilaksanakan..... Alhamdulilah..yana sudah selamat sampai. sekarang masa untuk sambung kembali belajar...mahu atau tidak itu lah yang harus yana laksanakan sekarang walau apa jua sekalipun masalah yang melanda......

Friday, February 26, 2010

Balik Kampung

Akhirnya.....yana dapat juga memenuhi hajat hati ini yang mahu pulang ke kampung...Yana harap hari esok masih ada tiket untuk yana....Ya Allah kabulkan doa dan hajat hambamu ini....kerana sudah teramat rindu terhadap keluarga, termasuk bulan ini sudah hampir genap 3 bulan Yana x dpt berjumpa dengan keluarga Yana...

Ketenangan Hati Dengan iLmu Agama

Hari yana pelajari satu Doa Mohon Keampunan Dosa dan Dosa Ibu Bapa,
yana mahu berkongsi dengan semua dan marilah kita sama-sama mengamalkan nya...

"Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku ketika dalam pemeliharaan mereka ketika aku kecil. Ampunilah juga dosa orang-orang mukmin dan orang-orang muslim lelaki dan perempuan, baik masih hidup mahupun yang sudah mati.

Dan jadikanlah hubungan kami dengan semua orang muslimin selalu dalam keadaan baik. Ya Allah ampunilah dan kasihanilah kami hanya Engkaulah Yang Maha Pengasih. Hanya Engkau Yang Maha Besar."

Wednesday, February 17, 2010

Cuti Pertengahan Tahun

Kembali berkisah tentang cuti pertengahan ku yang telah berubah dari perangcangan asalnya. Atas kejadian tersebut bagi yana tidak mengapa mungkin ada hikmah di sebalik apa yang telah terjadi. Diri ini telah berfikir sedalam-dalamnya dan meminta pendapat dari semua kenalan, sahabat mahupun keluarga terutamanya kepada emak yang tercinta. Semua telah memberikan nasihat yang pada yana amat berguna kepada yana. Yana akan amalkan semuanya...tiada apa yang lebih baik dari menerima yang baik dan membuang segala perkara anasir-anasir jahat yang telah menghasut fikiran ini. Yang mana semua itu adalah hasutan dari syaitan yang durjana yang mahu menghapuskan anak-anak adam, dan membawa jauh dari Allah.

Tidak mengapa cuti kali ini yana x dapat pulang ke kampung, tetapi yana tetap boleh memenuhkan masa cuti bersama-sama sahabat yang juga tidak pulang ke kampung. Apa yang penting cuti ini yana tetap tidak merasa kosong... Terima kasih kawan-kawan yang sudi meluangkan masa dengan yana dan mendengar luahan hati yana serta memberikan nasihat yang bernas kepada yana. Thank's to all my friend's........

Saturday, February 13, 2010

Luahan Perasaan

Berilah daku kekuatan untuk tempuhi semua ini.....Wahai sahabat sekalian diri ini mengharapkan bimbingan dan nasihat untuk mengubat hati ku yang terluka ini...

Friday, February 12, 2010

Ketenangan Hati Dengan iLmu Agama

Tazkirah : Sombong

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan. ” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan) . Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dah tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” -(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” -(Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83;
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan dimuka bumi.”

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.

Rujukan: http://www.rileks.info

Ketenangan Hati Dengan iLmu Agama

Syaitan cetus sifat marah
Oleh Mohd Fadly Samsudin

MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan ‘aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.’ Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.

Allah s.w.t berfirman bermaksud: “Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

“Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.

Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.

Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.

Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.

Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.

Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan ‘pintas’ iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.

Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: “Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!” (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).” (Riwayat al-Tirmidzi).

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang ‘membara’ akibat marah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: “Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api.” (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga.” (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.” (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:

-Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

-Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

-Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

-Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

-Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

-Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

-Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.

-Amalkan bacaan A’uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

Rujkan : http://www.rileks.info

Saturday, January 16, 2010

Sejarah Renang

Ok...seperti yang yana janji kan, yana nak cerita mengenai sejarah renang...Tapi sebelum tu apa yang dimaksudkan dengan berenang. Berenang atau renang menghuraikan bagaimana haiwan dan manusia menggerakkan diri di dalam air, tanpa bantuan buatan.

Sekaran yana hendak cerita sedikit tetang sejarah renang.....bermula dari sejak zaman batu lagi renang telah wujud.Lukisan-lukisan tentang perenang dari Zaman Batu telah ditemui di "gua perenang" berdekatan Sura di Mesir barat daya. Rujukan-rujukan bertulis wujud sejak dari 2000 SM. Pada tahun 1538, Nicolas Wynman, profesor bahasa anak Jerman, menulis buku pertama tentang renang. Renang pertandingan di Eropah bermula pada sekitar tahun 1800, kebanyakannya menggunakan gaya dada. Gaya rangkak depan, ketika itu dipanggil gaya trudgen, diperkenalkan pada tahun 1873 oleh John Arthur Trudgen selepas menirunya daripada orang-orang asli Amerika.

Renang merupakan salah satu acara dalam Sukan Olimpik Musim Panas 1896 di Athens. Pada tahun 1900, gaya kuak lentang dimasukkan ke dalam sukan Olimpik sebagai suatu acara. Pada tahun 1902, gaya trudgen diperbaik oleh Richard Cavill, menggunakan tendang keribas. Persatuan renang dunia yang pertama, Federation Internationale de Natation, dibentuk pada tahun 1908. Gaya kupu-kupu yang pada mula-mulanya merupakan salah satu kelainan gaya dada diterima sebagai suatu gaya tersendiri pada tahun 1952.


Tubuh manusia terdiri sebahagian besarnya daripada air dan oleh itu, ia mempunyai ketumpatan yang amat serupa dengan air. Lebih kurang 70% daripada tubuh manusia ialah air. Ketika paru-paru diisi dengan udara, ketumpatan tubuh manusia adalah sedikit kurang daripada ketumpatan air di sekelilingnya. Air akan mengenakan daya keapungan pada tubuh manusia dan oleh itu, mengekalkan keapungan hanya memerlukan sedikit dorongan ke bawah, dengan pergerakan melintang hanya memerlukan sedikit dorongan ke arah yang bertentangan dengan pergerakan yang dikehendaki. Pendorongan ini dilaksanakan dengan menggunakan tangan dan lengan sebagai dayung, dan dengan menendang kaki untuk menolak air dari tubuh (walaupun tendangan hanya menghasilkan agak sedikit pergerakan pada keseluruhannya). Oleh sebab air masin (misalnya, air lautan) adalah lebih tumpat berbanding dengan air tawar (misalnya, kebanyakan kolam renang), tidak banyak usaha diperlukan untuk mengapung di dalam air masin, berbanding dengan air tawar.

Sebilangan gaya renang telah diperkembangkan, berdasarkan pelaksanaan sesetengah atau kesemua prinsip yang berikut:

Torso dan kaki harus dikekalkan dalam kedudukan yang selari dengan permukaan air. Kaki yang jatuh atau torso yang condong meningkatkan seretan secara ketara. Tangan harus didepangkan ke hadapan kepala dengan sebanyak yang mungkin supaya dapat memanjangkan panjang purata garis air dan dengan itu, mempercepatkan pergerakan dengan ketara.

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa daya tangan yang dikenakan pada air sebenarnya dijanakan oleh putaran pinggul, dan bukannya oleh otot lengan. Otot yang menarik lengan di dalam air dipasang seinci dari hujung lengan atas. Dengan lengan sebanyak 21" panjangnya, nisbah tuil ialah 1:20. Ini bermaksud bahawa tarikan otot bahu sebanyak 100 paun hanya menghasilkan 5 paun dayanya di bahagian tangan semasa ia menolak air. Sebaliknya, tork yang dijanakan oleh otot pinggul yang lebih besar dan lebih kuat mengayunkan tangan di dalam air seolah-olah pemain golf atau pemukul bola mengayunkan kayu golf atau kayu pemukul dengan suatu pusingan yang cepat pada pinggulnya. Perenang-perenang elit yang berupaya mencapai suatu tambahan yang sederhana pada pencepatan pinggul mereka akan dapat menambahkan puncak daya tangan sebanyak sekali ganda.

Masa yang dihabiskan pada sisi harus dipanjangkan supaya bahu tidak memecahkan garis air dan mengakibatkan ombak haluan. Ini mengurangkan keratan rentas depan, mengurangkan lagi seretan, serta juga menaikkan nisbah antara panjang and lebar garis air tubuh. Pembaikan yang serupakan boleh dimungkinkan dengan menyebariskan arah kepala, tangan, kaki, dan lengan yang paling sempit ke dalam air. Torso adalah paling penting, berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Pergerakan tangan, lengan, dan kaki dari belakang ke hadapan harus dikekalkan di udara dengan seberapa lama yang mungkin semasa kuak pemulihan. Ketika di dalam air, pergerakan-pergerakan tersebut harus dijajarkan dengan seberapa hidrodinamik yang mungkin kerana anggota yang dikembalikan harus bergerak sekurang-kurangnya dua kali lebih laju berbanding dengan perenang dan di dalam air, akan menjanakan lapan kali seretan (yang meningkat dengan kuasa tiga lajunya), berbanding dengan luas depan torso. Memutarkan bahu juga menambahkan kuasa tarikan dengan menggunakan otot abdomen untuk membantu menarik lengan di dalam air.

"Tangkap" air yang asas tidak sebegitu penting berbanding dengan perkara-perkara di atas. Kebanyakan perenang hanya menangkap air dengan tangan yang rata atau jari-jari yang didepangkan sedikit dan kemudian ditarik dengan lancar pada sepanjang badan. Semua teknik yang tersebut tidak memerlukan kekuatan tambahan. Dengan latihan kekuatan, tangan dan kaki masing-masing boleh dijulurkan dan dilunjurkan lagi ke dalam air untuk menghasilkan lebih banyak dorongan. Untuk mereka yang baru belajar renang, kekuatan yang dinaikkan hanya menghasilkan pembaikan yang kecil jika strategi-strategi di atas (mengurangkan seretan dan memanjangkan garis air) tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Animasi rangka dan dinamik bendalir pengkiraan membenarkan simulasi perenang. Ini membenarkan daya-daya pada sendi dan otot dikira, dan jika simulasi berbilang digunakan, berbagai-bagai gaya atau individu boleh dibandingkan. Melalui grafik komputer atau tangkapan pergerakan, simulasi boleh dibandingkan dengan perenang sebenar. Sedangkan ini menghapuskan banyak keraguan, tekaan masih diperlukan untuk mencipta gaya-gaya yang baru. Merumuskan sebuah buku panduan untuk perenang masih merupakan suatu cabaran kepada para jurulatih renang, dan rasa air masih diperlukan untuk menutup gelung kawalan supaya gaya-gaya renang tidak kemudian menyimpang.

Em...ini sedikit sebanyak sejarah tentang renang...nanti yana akan cerita tentang perkara lain yang berkautan dengan renang...

Friday, January 15, 2010

Berenang

Kali ini saya berminat hendak berkongsi pengetahuan tentang aktiviti berenang. Alasan sebab kenapa saya berminat nak cerita kat sini sebab saya baru sahaja belajar berenang.Alhamdulilah akhirnya tercapai juga impian diri untuk belajar berenang. Memang susah hendak belajar pada mulanya. Tambahan pula peristiwa sebelum tu saya hampir sakit sebab nak cari pakaian berenang yang sesuai. Tapi akhirnya masalah itu dapat diselesaikan.....huhu..lega sangat-sangat. Saya belajar berenang pada cuti semesta yang lepas. Em...belajar dekat Kolam renang Universiti Malaya, sbb dekat Universiti saya x de kolam renang...hehehe....apa-apa pn x kira diman belajar yang penting dapat belajar berenang..Terima kasih kepada semua tenaga pengajar...Lepas ne yana nak cerita apa itu berenang dan apa-apa perkara yang berkaitan dengan renang... sbb yana da terlalu teruja dengannya....

Friday, November 20, 2009

Balik Kampung....


hari ne saya akan pulang ke kampung halaman ku......gembira tak terkira hati ne... balik kampung umpama baleh melupakan segala beban yang berada di kepala.Walaupun pada hakikat nye kepala ne da serabut.. Sudah lama tidak bersua dengan mak dan abah..rindu sangat2. tambah pula adik dak kakak sudah berada di rumah..Maklumla adik saya da abis exam PMR, mmg la dia cuti awal dari orang lain. Kakak saya pn abis exam awal....pelajar UITM mmg sllu abis exam awal...saya je yang sllu balik dan yang akan balik semula ke univesiti awal dari org lain....em... sedih tp mmg itu la rutin saya sejak 3 tahun bergelar pelajar Universiti...

tapi apa yang penting sekarang ne.....saya nak balik kampung dan akan menyambut Hari Raya di kampung....dan semalam abah ada menelefon yana dan memberitahu yang akan wat korban untuk kami sekeluarga. Abah akan korbankan seekor lembu untuk kami sekeluarga. seekor lembu 7 bahagian kan lau nk wat korban...jadi cukup la kami sekeluarga..... ahli keluarga kami hanya 7 orang je campur emak dan abah...hehehehe x ramai pun...

Jd apa yang penting sekarang ne enjoi...hehehehe..tp jgn lupe diri palak..hehehhe, sblm balik rumah singgah dulu di rumah mak saudaura di Rompin,Pahang..hehehehe biasa la .....saya mmg suke berjalan.....

Friday, November 13, 2009

Demam Fainal Exam

x sabar nk tunggu fainal exam abis...huhuhu lagi satu paper lagi tinggal... tapi 1 paper ne la paper pembunuh....Hanya Allah je yang tahu bagaimana perasaan ku bagaimana nk menghadapi paper ne.... yang hairan nye ingat kan saya seorang je yang berperasan begini....rupe-rupenye 1 kelas...Ya Allah hanya pada MU kami berdoa agar pensyarah yang mengajar kami subjek ne..terbuka dan dan murah hati nya untuk bagi kami lulus subjek ini....hanya pada Mu kami memohon pertolongan...makbulkan kan doa hambamu yang daif lagi hina ini...Amin....

saya juga berharap doa dari sekalian sahabat semua ......

Monday, November 9, 2009

Cinta.............

warak dan/tapi berkapel?

Warak tapi bercouple? Warak? Berkapel?

Kalau dah berkapel mana waraknyer lagi. Itu jawapan reaktif dr aku. Juga jawapan dari ustaz2 yang reaktif: orang warak yang berkapel ialah orang warak yang tidak berakhlak, sekaligus status warak tidak lagi wujud.

NAK TAHU ISU NE DI KUPAS DENGAN LEBIH LANJUT SILA KLIK DI SINI :

http://enjeng.blogspot.com/2007/03/warak-dantapi-berkapel.html

hayatilah dan insafilah diri kita.

Wanita....

Artikel ini diambil dari laman web lain..dan saya amat tertarik dan mahu berkongsi dengan sahabat-sahabat saya yang lain. Harap Allah mengurniakan pahala bagi penulis artikel ini. sama-samalah kita berdoa kepada dia. Amin....mari kita sama-sama menghayati kisah ini ^^

RABI’AH AL ADAWIYAH Perindu Cinta Allah(majalah haluan)

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Monday, November 2, 2009

Demam Fainal Exam

Hari ini hari pertama saya menduduki exam bagi paper yg pertama......doakan saya boleh menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang baik bagi subjek ini...Ya Allah bagi lah ketenangan,hidayah danpetunjuk kepada hambamu ini di dalam menjawab peperiksaan pada hari ini...Amin.....Kepada semua sahabat dan keluarga doakan saya dapat menjawab semua soalan dengan baik, tenang dan cemerlang....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...