Showing posts with label iLmu. Show all posts
Showing posts with label iLmu. Show all posts

Friday, October 7, 2016

Amalan Murah Rezeki

Rasanya da lama yana tak update blog ne..da macam nak bersawang je..hehehe...jadi sempena hari jumaat penghulu segala hari, yana nak kongsi tips amalan-amalan untuk dimurahkan rezeki.


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah


Allah tidak sia-siakan penga bd ian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kas ih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: Barang siapa yang memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yan g tidak disangka. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-N asai, Ibnu Majah dan al-Hakim dari A bd ullah bin Abb as r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sa bd a Nabi s.a.w. dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah maka hati akan menjadi tenteram. (Ar-Rad: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya. (Riwayat Abu Yaala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya. (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembira kan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu. (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat 

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak 

Ibnu Abb as berkata: Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim 

Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk 

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah az za wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya. (Riwayat ad-Daruquthni dari An as r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya az ab-Ku amat ker as .” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: dan Kami akan memberi bal as an kepada orang-orang yan g bersyukur. (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asmaul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca Ya Allah ya Fattah berulang-ulang, diiringi doa: Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim. Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu alam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yan g dicintai-Nya dan yan g tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yan g dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yan g boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas . Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal 

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya). (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda: Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut diatas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yan g menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yan g tidak terlint as di hatinya. (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
  
 Selain itu,kita kena la beringat atau muhasabah diri kita kenapa rezeki kita susah sangat nak masuk atau kenapa rezeki kita tak murah. Dah macam-macam cara, tips & amalan kita da buat tapi masih sama. Jadi kta perlu lihat perkara-perkara seperti dalam senarai gambar di bawah ne. Jika terdapat diantara nya yang kita buat , kurang buat atau tidak buat langsung, maka kita kena lah ubah dari sekarang. Mari kita sama-sama perbaiki diri agar kita semua dimurahkan rezeki. Amin..



kredit to : http://panduanpercuma.info

Sunday, January 10, 2016

Nasihat Tun Dr. Mahathir kepada usahawan Melayu

Kali ne nak kongsi bersama-sama sahabat sekalian yang mana suka berniaga. Sebab yana dapat ilmu ne pun dari sahabat blogger yang lain. Jadi tak salah lau kita kongsi ilmu yang baik ne. Ini adalah nasihat dari Tun Dr Mahathir kepada yang nak menjadi usahawan. Ayuh kita bangkit meneraju perniagaan di negara kita Malaysia.




JOM JADI USAHAWAN !!! AYUH BANGKIT !!!

1. Melayu perlu belajar dari bawah.

Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes, namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan. Contohnya jika mahu membuka restoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat 
air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2. Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3. Berusaha bersungguh-sungguh.

Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4. Bersabar dalam tempoh lama.

Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang. Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”. Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5. Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6. Rajin meninjau bisnes.

Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7. Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya. Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8. Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah kedai, emas dan sebagainya kerana harganya akan meningkat.B eliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9. Belajar dengan bangsa lain. Melayu perlu belajar dengan bangsa lain. Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.



 10.Ikhlas dalam perniagaan.

Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.

Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerana menipu sedangkan ia mitos. Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih. Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.

Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu, buatlah!”

12. Mengamalkan peribadi mulia. Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin, amanah, tidak menipu dan sebagainya. Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes orang lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14. Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.

Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerana kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.

Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa. Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya.

16.Membayar hutang dengan baik. Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.

“Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika Melayu tak kuasai.


Kredit kepada blogger NURUL FARHANA (http://hanaqueenstation.blogspot.my)

Sunday, January 3, 2016

Cara Basuh Anak Patung (Teady Bear)

Hari ne yana nak kongsi dengan semua cara-cara bagaimana nak basuh anak patung (teady bear) sebab yang yana berjaya buat experiment ne 2 ekor teady bear heheheheh

Yana nak share pengalaman ne sebab sebelum ne bila yana tanya kawan-kawan macam mana nak basuh teady bear yang da kotor ne..? Ramai yang cakap antar dobi je basuh kering sebab tak rosak nanti teady bear tu nanti. Ok... Boleh terima tapi bila pikir semula bila nak ge antar dobi. Dobi mana je yang ada wat perkhidmatan tu... Jadi tertangguh lagi sesi nak basuh teady bear tu.

Makin ari makin kotor yana tengok 2 ekor b
ear tu. Jadi yana tanya la kawan yang Lain pulak.

 Yana: Wei korang basuh teady macam mana ye?
Kawan 1 : Aku tak pernah basuh pun.. 
Yana : ooo ok ( teeettttt terkejut sambil cover muke oqward pandang member tu ) 
Kawan 2 : Aku basuh teady bear rendam dengan air sabun dalam baldi ke besen ke,pastu lau kotor2 tu da kuar baru jemur.
Yana : Ko tak masuk mesin basuh dulu ke bagi kering? Lau tak mesti lambat kering kan teady bear tu kan besar?
Kawan 2 : Aku jemur je terus sebab teady bear aku kecik je tak besar macam ko punye... Aku da besor tak de teady bear besor macam ko da.
Yana : oo ok ( dalam ati quang ajor sempat lagi dia kene kan aku... Huhuhu sabor je la)

Ok lepas da tanye pendapat kawan-kawan masih lagi tak dapat solution. Jadi yana dengan penuh yakin (try & arror) je wakakaka. Amik 1 ekor bear tu campak je dalam mesin basuh...heheheh letak sabun & biar je samapai siap. Dalam ati duk tertanya-tanya tak tercabut ke nanti bulu-bulu dia.. Huhuhuhu tapi cakap kat diri sendiri yakin kan diri.."tak pe..tak tercabut tu..OK tu.." Huhuhu

Selesai 45 minit cepat-cepat bukak mesin basuh tu... Nak tengok keadaan bear tu selamat ke tak.. Huii lega nye ati tengok "OK bulu ada,mata ada, idung ada tangan kaki? Ok semua ada" 

Pastu ketawa sorang-sorang hehehehe misi selamat & berjaya.. Jadi bear kedua terus dimasuk kan...heheheh And then tadaaaa... (Tengok gambar  di bawah 2 ekor bear yana yang telah selamat dibasuh). Da bersih semula,da nampak baru semula..hehehe

Lepas ne mak-mak kat luar sana tak payah susah hati da pikir macam mana nak basuh teady bear anak yang da busuk,kotor,masam tu. Kumpul pastu campak je dalam mesin basuh. So easy... Hehehehe tak yah la pikir nak antor dobi ke nak rendam sehari dua hari kt dalam besen/baldi.  

Harap perkongsian yana kali ne dapat memudahkan kerja-kerja uolls. Lau yana wat ekseperimen yang lain lagi yana akan share kt semua ye... 


Lau ada sebarang pertanyaan boleh la add yana kat 
Facebook/ig : Diyana Amalina
Email : eana87@gmail.com
@
Boleh whatapp/sms yana terus kt nmbr ne
Hp : 018-2938184

Saturday, May 16, 2015

Cara Pulih Tenaga Dan Aura BAdan

Hari ne ge tambah ilmu mengenai Tilam terbaik Bio Velocity Energy Conference
Dekat PICC,Putrajaya


Huhuhu....gagah datang Dari Shah Alam lepas kerja pecut kereta datang sini semata-mata nak tambah ilmu....bukan senang Hai-O nak ada kan COnference macam ne.jadi tak nak la lepaskan peluang tuk joint... 😃


This is our group,semua comel-comel,semua muda-muda...hehehe teman hijau semua nampak Segar Dan fresh....😍 cantik-cantik semua...


Tak hingat bergambar selagi bolehhh...hehe hehe.. This is our The Diamond Circle 😘 love u all..


Gambar lagi...hehe hehe 😘😍jemput jamu mata gadis-gadis jelita,cantik & comel .....


With my bff,akak kesayangan kak ida...dua-dua perasan comel...hahahaha gedik selfie... Hari ne teman reramai pakai hijau...semalaman opening kepala pikir nak pakai baju apa tudung apa...jadi INI lah hasilnye hari ne..hehe hehe hijau pucuk pisang...😘 


Ne la tilam BV Velocity ...banyak sangat kebaikan tilam ne...rugi lau tak guna tilam ne...



Friday, December 2, 2011

.....25 Fall Foods to Help You Lose Weight....


BaHaGiAn 2

ari ne kita sambung lagi 5 jenis buah-buahan & sayur-sayuran yang boleh bantu kite semua turunkan berat badan yek... hehehe, sambungan nyer adalah yang ke 6

(6) yang ne nama dia Cranberries, dalam bahasa melayu tak tau la pa nama dia..hehehe maap ya kawan-kawan, dalam kajian ada menyatakan buah ne mempunyai kandungan yang antioksi tinggi dan dan rendah kalori," kata Blais,

(7) seterusnya yang ne mesti semua tau kan Lobak Putih @ nama lain dia Parsnips, lobak ne sesuai dijadikan ulam @ makanan ringan. "Parsnips penuh dengan karbohidrat kompleks, nutrien dan serat untuk memanjangkan proses pencernaan dalam tubuh," kata Salge Blake
(8) haa..yang ne pun mesti semua tau kan Sweet Potatoes @ keledek, keledek ne boleh membantu menstabilkan gula dalam darah dan mengelakkan perasaan kelaparan," kata Blais. Bagi 120 kalori, anda akan mendapat banyak serat dan kelonggaran manis.

(9) yang ne mana dia Tuscan Kale, yang ne pun saya tak tau apa nama dia dalam bahasa melayu nye...hehehehe. tapi info kajian tentang yang dia bitau tentang sayur ne ialah sayur ne penuh dengan serat, folat, besi dan kitamin K," kata Blais

(10) yang ne pulak nama dia Beets, rasa nye nak kata lobak merah bukan tapi rasa mcm pernah tengok kat pasaraya-pasaraya kt malaysia ne, tapi apa yang penting saya tak tau apa nama dia dalam bahasa melayu..hehehe maap ye....sayur ne mengandungi banyak serat dan rasa nya manis, beets menghindari kelaparan dan memenuhi keinginan gula anda - dengan kalori yang minimum. Beets mendapat raputasi buruk kerana kandungan gula yang tinggi, tetapi ia nya kaya dengan folat ia hanya mengandungi lapan gram gula setiap hidangan," kata Blais


Thursday, December 1, 2011

.....25 Fall Foods to Help You Lose Weight....

BaHaGiAn 1

Ari ne saya nak kongsi dgn kawan-kawan semua apa yang saya dapat ari ne... al-kisah nye nak [kurus] semua perempuan mesti nak kurus kan sape yang tak nak kurus saya pun nak kurus jugak ne..tu yang sebok cari petua macam mana nak kurus huhuuhuu.....tu yang berkobar-kobar cari jalan camner nak kurus neee.... cari punye cari akhir nyer dapat la ne hasil nye.. 25 jenis makanan iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh tolong kita untuk turun kan berat badan..

jadi mari kita sama-sama amalkan yek..sebab saya pun tak cuba lagi hehehe jgn marh ye...sebab baru jumpe ari ne... terutamamye kawan saya yang sorang tu ......hehehe sebab tanye saya cmner nak kurus...saya pun tak kurus mana pun tapi tak de la gemok kn..jadi mari kita sama-sama amalkan yek..hehehe

(1) Buah Apple semua orang tau kan jadi saya x yah la nk terangkan banyak-banyak yek

(2) yang ne nama dia dalam English Butternut Squash,dalam bahasa melayu nyer tak tau la pulak saya ape nama buah ne..rasa nyer macam dalam golongan labu jugak ne... lau susah sangat nak cari ne hehehehe kite tak yah cari yang ne...makan je yang lain-lain kan ada banyak lagi yang lain 25 jenis lagi kan hehehe (^_^), tapi saya nak bitau jugak kat kawan-kawan apa yang saya jumpe ne

(3) ha..yang ne saya tau Sheep's Milk Cheese, dalam bahasa melayu keju susu kambing biri-biri..hehehe.dalam 1 Kajian telah menunjukkan bahawa kalsium dalam produk tenusu seperti keju susu kambing biri-biri boleh membantu dalampenurunan berat badan," kata Blais. Dan protein dalam susu kambing biri-biri dua kali ganda berbanding susu lembu - cara yang baik untuk membina jisim otot tanpa lemak dan menggalakkan perasaan kenyang.

(4) ne pulak Pumpkin, labu semua orang tau kan... labu ne adalah sumber terbaik untuk mendapatkan vitamin A

(5) yang ne memang feveret saya Grapes, Anggur dalam 1 kajian menunjukkan ianya mengandungi pigmen yang mendalam biru dan ungu, tanda -tanda kesihatan meningkatkan anti oksidan," kata Salge Blake. "Dan ianya penuh dengan serat dan air untuk mengisi anda sebelum mereka mengisi kamu." Beliau mencadangkan simpan anggur dalam peti sejuk untuk ianya manis berais -sesuatu yang anda mesti menikmati perlahan-lahan untuk mengelakkan pembekuan otak. "Segelintir berpendapat ia amat memuaskan seperti keropok atau pretzels, untuk kalori yang lebih sedikit," kata beliau.

Ok kawan-kawan kita akan sambung Untuk Bahagian 2 pada hari esok pulak ye.. tunggu jangan tak tunggu..banyak lagi buah-buahan & sayur-sayuran. ada lg 21 jenis lagi ye..tunggu jangan x tunggu.. (^_^)

p/s: siri ini akan bersambung..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...