





PUTRAJAYA – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa wanita yang belum berkahwin tetapi mengambil pil hormon untuk menyusukan anak angkat mereka dibenarkan berbuat demikian.
Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui e-fatwa, penggunaan ubat atau suntikan yang tidak mempunyai unsur haram untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat wanita tersebut telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin atau sebaliknya.
Bagaimanapun, katanya, keharusan tersebut tidak tertakluk kepada seorang lelaki yang mengubah jantina kepada wanita.
“Keputusan tersebut diambil berdasarkan pandangan majoriti ulama yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak.
“Ia seperti mana pandangan mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya,” menurut kenyataan itu di www.e-fatwa.gov.my.
Jelas kenyataan itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13 hingga 15 Oktober lalu telah membincangkan mengenai hukum wanita menyusukan anak angkat.
Anggota majlis, katanya, turut memutuskan bahawa seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat tersebut secara tetap telah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.
“Bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh syarak seperti cukup bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan, susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi dan umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah (kalendar Islam),” katanya.
Dalam pada itu, muzakarah juga memutuskan seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga sebaliknya.
Lelaki: salam, awk pe kabar??
Perempuan: baik2 aje..Perempuan: mmm..per??
Lelaki: mmm..saya suka kat awk laa..
Perempuan: so??
Lelaki: kita kawin nak??
Perempuan: what??
Lelaki: kita kawin, sy pinang awk nak??
Perempuan: oo..ok, jap2..mm
Lelaki : nape?
Perempuan: brp hantaran awk nk bg?
Lelaki: brp awk nk? 20k cukp x?
Perempuan : errr, sikt sgt..up lg..
Lelaki: 30k, 40k..blabla2..
Perempuan: 30 leh la..
Lelaki: 30k?..small matter..
Perempuan: xla..30 juzuk quran dalam ingatan leh??
Lelaki: apa??..sy xmampu la wak..kurangkan skt leh..
Perempuan: oo..k, 15 juzuk lah
Lelaki: sy all-fatihah pun sasul lg..alaa awk jgn la wak camni..
Perempuan: mmm..nanti sy piker lu..k la, rukun iman da berapa?
Lelaki: aaa..sy tau, ada 7
Perempuan: eee.. rukun islam?
Lelaki: 4, tol x??
Perempuan: huhuu..sori la wak, sy xbuka kelas fardu ain skrg..awk kena masuk tadika semula ni..
Lelaki: tp sy nk kawin nga awk, suka sgt kat awk…tlg la terima sy..
Perempuan: mmm..sush mcm ni..ok la, last question, berapa kali awk sembahyang sehari??
Lelaki: errr..tak2..penah, err bkn2..kecik2 lu sy rajin sembahyang, skrg je kurang skt..
Perempuan: laaa..baik aku kawin nga beruk, beruk pun xsembahyang gak…
kredit to my best pren Siti Aminah


Bengkel Aqil Baligh untuk remaja lelaki berumur 12-15 tahun dan remaja perempuan berumur 10-13 tahun akan diadakan pada Ahad, 24 April 2011. Kedua-dua sesi tersebut akan diadakan serentak di Dewan Kuliah 1 dan Dewan Kuliah 2 Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Cheras.
Di dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan mengenai perubahan emosi dan fizikal serta kesihatan reproduktif mereka, tanggungjawab agama sesudah baligh, dan mengenai perhubungan di antara lelaki-perempuan berlandaskan syariat.
Di dalam masyarakat kita topik-topik tersebut masih lagi jarang dibincangkan di antara anak dan ibubapa, oleh itu, kami turut menggalakkan ibu bapa menyertai bengkel ini bersama-sama anak mereka dengan harapan selepas menghadiri bengkel ini, kedua-dua pihak tidak kekok membincangkan topik-topik tersebut bersama.
Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel ini, sila hubungi 03-4256 6810, atau e-mel ke khalifahproject@yahoo.com.
Anda juga boleh lawati event page Bengkel Aqil Baligh Lelaki http://www.facebook.com/event.php?eid=111184018964282 dan Bengkel Aqil Baligh Perempuan http://www.facebook.com/event.php?eid=205867289431616.
BENGKEL LELAKI
PENCERAMAH
BENGKEL PEREMPUAN
PENCERAMAH
FASILITATOR
- Sukarelawan Khalifah Youth Circle (KYC)
YURAN
RM100.00 seorang (anak)
RM80.00 seorang (ibu/bapa)
Harap dapat berjumpa anda pada 24 April ini!
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
yes2 hari sbtu ne ge book fair....semunye kerana kawan saya ne Cik Hazia (penulis novel) nk bertemu peminat... so kawan2 dia kene teman...termasuklah yana, cik bariah. dan jugak kak cik(fifi)..